Sunday 7 August 2011

hai sang diari

Hai sang diari, 
hari ini aku rasa lebih baik daripada semalam.


Hai sang diari,
hari ini aku berusaha menambahkan amalan berbanding semalam. 


Hai sang diari,
hari ini aku berusaha keras melakukan yang terbaik.


Hai sang diari,
kalau boleh aku mahu terus kekal positif begini. 


Hai sang diari, 
semoga selepas ini aku dapat tersenyum gembira selepas keperitan semalam.

Tuesday 2 August 2011

yusuf & zulaikha

aku dalam perjalanan mencari Yusufku 
yang dapat membimbing aku
ke arah jalan yang diredhaiNya 


aku dalam perjuangan mendapatkan Yusufku 
supaya aku beroleh kebahagiaan 
di dunia dan akhirat 


aku dalam kesunyian mendambakan Yusufku
supaya dia dapat menemaniku
untuk terus gagah meniti hari-hari suram 


aku akan tetap berdoa untuk Yusufku
supaya Dia mengurniakan 
seseorang yang dapat kuibaratkan 
sebagai 
Nabi Yusuf 
yang membimbing Zulaikha 
menjadi wanita solehah


Amin...


Di manakah kau, Yusufku?
Kapankah aku akan menemuimu?
Adakah Zulaikha yang penuh dengan kekhilafan ini berhasil menemui seorang yang setampan dan setakwa Nabi Yusuf?
ahh..aku bukan mengharap yang sempurna,
cukuplah sekadar Yusuf yang kudamba..
Amin Ya Rabbal Alamin..



Saturday 16 July 2011

harapan

(sudah tersiar dalam akhbar Varsiti Berita Harian, 1 Mac 2012)


harapan aku 
selalu yang tinggi-tinggi
selalu yang indah-indah 

tapi benarkah 
harapan cuma akan tinggal harapan?

jika mereka kata
aku tak mungkin akan kecap bahagia
biarkan mereka 

apa mereka tahu takdir yang tertulis 
di atas sana?

jika mereka kata 
aku tak mungkin mampu senyum bahagia 
biarkan saja 

apa mereka tahu 
bagaimana erti bahagia
sesudah derita? 

jika mereka kata 
aku tidak layak untuk sebuah rasa cinta 
biarkan mereka

apa mereka mengerti 
dari mata turun ke hati? 

ah biarkan saja 
harapan akan jadi impian, pada akhirnya



Monday 4 July 2011

malang

entah mengapa aku berasakan diriku 
gadis yang paling malang 
kerna 
tidak berhasil mendapatkan apa yang diinginkan 

mungkin benar aku gadis yang malang 
sering sahaja ketemu dengan kegagalan 
dan keperitan 

aku kecewa menjadi yang malang 
kerna aku cemburu mendengar hilai tawa mereka 

aku benci menjadi yang malang 
apabila hidup hanya bertemankan air mata 

namun mengapa aku harus menjadi si malang?
hina sangatkah diri ini? 

malang, malang dan MALANG 
tiada sesiapa yang sudi berada di sisi 
saat aku meratapi sepi 

aku benci begini 
namun harus bagaimana  lagi
kerana aku - si MALANG :'(

Sunday 3 July 2011

persoalan

cuma bertanya tentang pengalaman Mak dan Abah 
tentang perkahwinan mereka 


lantas aku diaju persoalan; 
"dah tak lama dah ke?"


damn! boyfriend pun aku tak ada lagi! =..="



Sunday 26 June 2011

mimpi

siang tadi aku bermimpi 
ada press conference di rumah lamaku 
konon-konon para wartawan mahu menemuramah Abah 
sungguh ramai yang bertandang 
konon-konon ada artis buat persembahan 
aku yang paling lambat bersiap 
bila turun sahaja, 
niat untuk berhibur terbantut 
nyanyian artis menerusi projektor saja, 
artisnya tiada =.="
tiada persembahan istimewa 
tiba-tiba Cikgu Nurlina (cikgu di SESTER dulu) muncul
katanya aku perlu membantu 
buat persembahan sekadar yang boleh 
alahai =.="
tahu aku buat persembahan apa? 

TAEKWONDO melawan penjahat, kononnya =.="

ps: rindu nak taekwondo. nak grading. nk naik belt. sekarang baru blue belt. nak black belt macam tasha. 


Kalau

Kalau menangis itu buat aku lega 
mengapa tidak aku menangis
sepuas-puasnya 
supaya hati yang luka
akan sembuh dengan sendiri 


Kalau menulis itu buat aku gembira 
mengapa harus aku berhenti 
daripada mencoretkan sesuatu 
bait yang indah 
supaya jiwa yang gundah 
akan girang kembali 


Kalau memiliki kamu buat aku bahagia 
mengapa harus aku melepaskanmu 
dari genggaman tangan basah ini 
supaya nurani yang tandus 
kasih sayang ini 
akan kembali subur 
tatkala melihat senyumanmu :)



dinihari

Jejari menari ligat 
di atas papan kekunci 


mata memandang tepat 
ke arah skrin putih suci 


otak berfikir cepat 
tika dinihari 


mengharapkan hujan lebat 
bakal turun tika ini 


mukanya masam kelat 
tak mampu lelap walau sekali 


lantas terhasillah tempat 
untuk penulisan si gadis sepi