Thursday 1 March 2012

Puisi Alam

Sang bulan, 
bantu aku pejamkan mata ini,
supaya aku terlena 
dalam dakapan mimpi yang paling indah. 


Sang bintang, 
sudikah kiranya temani aku 
dalam dingin malam 
bersama-sama imaginasiku yang tak pernah mati?


Sang bayu, 
berpuputlah lembut 
supaya aku dapat merasakan 
kedamaian di lubuk hati 
agar aku jauh daripada perasaan resah 
yang selalu melingkari diri 


Sang awan, 
payungilah aku selalu 
supaya aku tak terasa 
panas teriknya ujian 
yang menimpa ubun-ubunku saban hari 


Sang pelangi, 
muncullah tika 
saat aku ternanti-nantikan kamu
agar aku tak berputus harap 
tentang erti bahagia selepas derita 

Thursday 23 February 2012

Kerana

Kerana 
perjalanan ini masih terlalu panjang 
untuk dipersiakan 


Kerana 
aku masih muda 
untuk menggapai cita mahupun cinta 


Kerana 
aku masih punya mereka 
yang selalu setia dalam bahagia dan derita 


Kerana 
Tuhan terlebih dahulu menguji aku 
supaya hati kental namun tak beku 


Kerana 
aku tahu aku mampu hadapi
walau mereka sentiasa menafi 


Kerana 
aku akan sentiasa di sini 
selagi aku mampu berdiri :')

Wednesday 22 February 2012

Aku mengerti

Aku mengerti 
aku tak sesempurna mereka 

Aku mengerti 
aku tak sehebat yang lain 

Aku mengerti 
walaupun aku terjatuh dari tempat yang tinggi
masih ada yang sudi menyambut aku 

Aku mengerti 
walau aku rasa ingin berputus asa 
tapi itu bukan penyelesaian untuk semua 

Aku mengerti 
walau aku rasa keseorangan
namun masih ada yang sayang 

Aku mengerti
semua yang berlaku kini
hanyalah ujianNya buat aku 

Aku mengerti
inilah liku kehidupan yang harus ditempuhi
oleh seorang
yang bernama
AKU! 

Sunday 7 August 2011

hai sang diari

Hai sang diari, 
hari ini aku rasa lebih baik daripada semalam.


Hai sang diari,
hari ini aku berusaha menambahkan amalan berbanding semalam. 


Hai sang diari,
hari ini aku berusaha keras melakukan yang terbaik.


Hai sang diari,
kalau boleh aku mahu terus kekal positif begini. 


Hai sang diari, 
semoga selepas ini aku dapat tersenyum gembira selepas keperitan semalam.

Tuesday 2 August 2011

yusuf & zulaikha

aku dalam perjalanan mencari Yusufku 
yang dapat membimbing aku
ke arah jalan yang diredhaiNya 


aku dalam perjuangan mendapatkan Yusufku 
supaya aku beroleh kebahagiaan 
di dunia dan akhirat 


aku dalam kesunyian mendambakan Yusufku
supaya dia dapat menemaniku
untuk terus gagah meniti hari-hari suram 


aku akan tetap berdoa untuk Yusufku
supaya Dia mengurniakan 
seseorang yang dapat kuibaratkan 
sebagai 
Nabi Yusuf 
yang membimbing Zulaikha 
menjadi wanita solehah


Amin...


Di manakah kau, Yusufku?
Kapankah aku akan menemuimu?
Adakah Zulaikha yang penuh dengan kekhilafan ini berhasil menemui seorang yang setampan dan setakwa Nabi Yusuf?
ahh..aku bukan mengharap yang sempurna,
cukuplah sekadar Yusuf yang kudamba..
Amin Ya Rabbal Alamin..



Saturday 16 July 2011

harapan

(sudah tersiar dalam akhbar Varsiti Berita Harian, 1 Mac 2012)


harapan aku 
selalu yang tinggi-tinggi
selalu yang indah-indah 

tapi benarkah 
harapan cuma akan tinggal harapan?

jika mereka kata
aku tak mungkin akan kecap bahagia
biarkan mereka 

apa mereka tahu takdir yang tertulis 
di atas sana?

jika mereka kata 
aku tak mungkin mampu senyum bahagia 
biarkan saja 

apa mereka tahu 
bagaimana erti bahagia
sesudah derita? 

jika mereka kata 
aku tidak layak untuk sebuah rasa cinta 
biarkan mereka

apa mereka mengerti 
dari mata turun ke hati? 

ah biarkan saja 
harapan akan jadi impian, pada akhirnya



Monday 4 July 2011

malang

entah mengapa aku berasakan diriku 
gadis yang paling malang 
kerna 
tidak berhasil mendapatkan apa yang diinginkan 

mungkin benar aku gadis yang malang 
sering sahaja ketemu dengan kegagalan 
dan keperitan 

aku kecewa menjadi yang malang 
kerna aku cemburu mendengar hilai tawa mereka 

aku benci menjadi yang malang 
apabila hidup hanya bertemankan air mata 

namun mengapa aku harus menjadi si malang?
hina sangatkah diri ini? 

malang, malang dan MALANG 
tiada sesiapa yang sudi berada di sisi 
saat aku meratapi sepi 

aku benci begini 
namun harus bagaimana  lagi
kerana aku - si MALANG :'(